Definisi untuk jenama adalah nama yang di gunakan untuk mengenal pasti atau membezakan produk, perkhidmatan atau perniagaan tertentu.
Banyak jenama terkenal dunia yang dahulunya menjadi bualan ramai terpaksa menamatkan riwayatnya dek kerana peredaran zaman. Berikut adalah 5 jenama yang paling di ingati oleh rakyat Malaysia yang hampir di telan zaman.
1. Kodak

Kodak diasaskan oleh George Eatsman pada 4 September 1888 iaitu pada 131 tahun yang lalu. Kodak merupakan pencetus kepada idea fotografi dan teknologi gambar yang kita ada sekarang ini.
Kejatuhan kodak bermula selepas kemunculan kamera digital bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan teknologi yang baharu, filem dan kamera Kodak tidak lagi menjadi popular di peredaran semasa.
2. Nokia

Nokia merupakan jenama telefon yang begitu gah suatu masa dahulu. Juga boleh di gelar sebagai raja telefon sewaktu zamannya walaupun masih ada juga jenama hebat lain seperti Sony Ericsson, Motorola dan Alcatel.
Untuk peminat Nokia, sudah tentu koleksi N-series dan E-series menjadi pilihan mereka. Setelah kemunculan telefon pintar seperti Iphone dan Blackberry dan Samsung, Nokia mula perlahan-lahan hilang di bibir rakyat Malaysia.
3. Blackberry

Semasa kemunculan pertama Blackberry, semua menganggap telefon pintar ini akan memberi persaingan kepada telefon pintar Iphone. Tetapi semua itu hanyalah sementara.
Dengan ciri khasnya iaitu papan kekunci qwerty,iaitu seperti papan kekunci sebuah komputer. Sebelum bermulanya era “Whatsapp”, blackberry terlebih dahulu mempunyai platform “Blackberry Messenger” untuk pengguna berkongsi gambar dan video.
Malangnya dengan perkembangan teknologi telefon pintar yang sungguh pantas, Blackberry akhirnya terpaksa mengalah dan mengundurkan diri.
4. Olympus

Kamera digital pada mulanya di pelopori oleh jenama Olympus, Canon dan Nikon. Tapi malangnya dengan perkembangan teknologi telefon pintar telah membunuh pasaran kamera digital di pasaran.
Hanya jenama seperti Canon dan Nikon sahaja yang mampu bertahan sehingga ke hari ini. Majoriti digunakan oleh jurufoto untuk tujuan fotografi profesional.
Rakyat Malaysia lebih gemar mengambil gambar menggunakan kamera yang terdapat pada telefon pintar. Lebih-lebih lagi sekarang kamera telefon pintar dapat memberi hasil yang sama seperti kamera digital.
5. A&W Restaurant

Restoran A&W merupakan restoran makanan segera pertama yang menembusi pasaran Malaysia. Cawangan yang pertama di bangunkan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1963.
Dan pada tahun 1965, cawangan pertama yang mempunyai pandu lalu di buka di Petaling Jaya. Menu pilihan air minuman “root beer” dan “root beer float” menjadikan restoran ini cukup di kenali oleh rakyat Malaysia.
Tetapi malangnya, dengan kemasukan beberapa restoran makanan segera lain seperti KFC, Mc Donalds dan Pizza Hut menyebabkan restoran A&W sedikit tenggelam dan dilupakan. Sehingga kini, restoran A&W masih wujud di Malaysia cuma tidak lagi menjadi kegilaan rakyat Malaysia seperti dahulu.
Arus Peredaran Zaman
Kualiti jenama dan kualiti perniagaan adalah dua perkara yang berbeza. Namun untuk bersaing di dunia perniagaan yang semakin moden, kualiti jenama dan kualiti perniagaan perlu seiring dengan peredaran zaman.
Kita perlu mengikut arus peredaran zaman untuk kekal relevan di pasaran dunia. Janganlah berasa selesa duduk di aras yang sama tanpa pedulikan pesaing yang semakin menuju kehadapan.